tinta-tinta emas

13.8.11


KAHWIN BELUM LAGI.....


nak kata dah kahwin
rasanya blom lagi
bila tanya bila nak kahwin
entahlah xtau lagi...

perangai mengalahkan orang dah kahwin
berkepit sana sini
padahal bukan muhrim
ikut trend masa kini

hairan pegang tangan xtakut dosa ke
berpeluk-pelukan xtau malu ke
xkasihan kat mak bapak ke
hantar suruh belajar/keje kau wat leka

nak kata xbelajar agama
kecik2 mak bapak hantar
sekarang nak salah siapa kalau wat dosa
sendiri bangang sbb xikut apa yg diajar

belajar tinggi sampai gayat
tapi xamal sepanjang hayat
islam tu kan penyelamat
bila nak amal nak tggu sampai jadi
mayat

sana sini buat wayang
org tgk pun naik bengang
itu blom lagi rumput kat padang
kalau idup tentu kena terajang

dulu masih lom berpunya ok jer
sekarang dah couple banyak lak dosa
bila org tego wat derk jer
apa kulit dah tebal nak masuk neraka

bila kena tangkap khalwat
buat muka jadi kelat
malu mengalahkan ikan jelawat
tambah muka penuh jerawat
masa wat xtau malu
ikut sangat telunjuk nafsu
buat maksiat xsegan silu
sekarang lagu mana
susu dah jadi keju

suruh solat nanti....nanti...
teman lelaki telefon terus pegi
nak bersyukur atas nikmat Allah xreti-
reti
teman lelaki yg bagi bunga sekuntum tu
ler dipuji-puji

yg si mamat ni pun sama
suruh gi masjid nak bawak teman wanita
sama
mana taknya dah janji nak hidup bersama
sampai solat jumaat pun nak dikerjakn
bersama

kesudahannya hari jumaat
org solat jumaat
dia membeli belah bukan main ligat
layan awek sampai penat

kalau diri dah gatal sangat
kahwin jer cepat lagi selamat
ni couple xde matlamat
saja suka2 penuhi syarat

org couple dia ikut sama
xsedar diri tu papa kedana
papa ilmu papa agama
mcm mana bercinta cara islam nak dijana

bukan mengata bukan mengumpat
siapa suruh wat wayang xbertempat
kalau xsuka diri diumpat
jgn wat benda yg xtepat

bonceng sana bonceng sini
bontot tertonggek xtau malu pulak
siap bangga xterperi
dapat pegang pinggang balak

balak kat depan mata melilau
awek kat belakang bkn nampak
siap mengurat muslimah yg nak gi surau
silap haribulan pasti kena sepak

awek pulak bangang
perangai cam lalang
percaya balak bergalang-galang
yelah cover blom pecah tembelang

pegang sana pegang sini
xtakut ke susut nilai
kahwin blom tentu lagi
kalau xjadi xke hilang permata bernilai

tu ler tuhan bagi akal xpakai
tuhan bagi hati xtau menilai
diri sendiri yg lalai
baik buruk pun xreti nak nilai

bila org cakap marah
bila org nasihat melenting
taulah "taulah xyah susah-susah
tau plak senyap bila dah bunting

skrg ni baru nak ingat tuhan
itupun nasib baik ingat
menangis dah xleh tahan-tahan
baru skrg nak menyesal bangat

nasib baik tuhan tu maha penyayang
itu nasib baik umo masih panjang
ada peluang nak mengucap panjang
mintak ampun,panjat doa memanjang

perkara yg lepas jangan dikenang
pintu taubat terbuka luas
hidup bkn untuk bersenang2
meraih dan mencari redha Allah yg maha
luas

insaflah wahai teman...

No comments: