tinta-tinta emas

8.12.10

Satu Muharram merupakan detik berbahagia bagiku..
kerna..
hampir2 detik akhir 1 Muharram ingin meninggalkanku..
ibuku mengucapkan Selamat Hari Lahir Yg ke-22 padaku..
alangkah bhagianya aku..
kerna...
aku yang tahu..
betapa senang hati seorang anak..
ibu mengucap sendiri ayat itu..
aku amat tersentuh sehingga tak terkata...
Ya Allah..
Lindungilah Ibu dan ayahku..
selamatkanlah mereka daripada apa-apa bencana yang mereka xtertanggung..
kerna,
mereka amat ku sayang...
jauhkanlah mereka dari api neraka...
kerna,
mereka amat baik dan telah mendidikku..
sehingga menjadi seperti hari ini..
mahasiswi...
sepanjang hari 1 Muharram amat tenang bagiku..
walaupun ada masalah yang bertandang,,
namun dapat ku tendang...
walau tidak jauh..
namun ku dapat elak...
tiada apa ku ucapkan pada ibu..
TERIMA KASIH IBU...
KERANA MENGINGATKANKU AKAN HARI LAHIRKU PADA BULAN ISLAM..
terlalu cepat bagiku..
kerna...
bulan Islam tidak sama putarannya seperti Bulan masihi..
hayatilah lirik lagu dibawah..
hanya sekadar berkongsi...
tiada apa yang pasti..
melaiunkan JANJI-JANJI ALLAH SWT..
KUN FAYAKUN.....


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 



P/S:
salam ma'al hijrah 1432
buat teman2 seperjuangan
mujahid dan mujahidah
sentiasa menyeru akan perlindungan Allah swt....

23.11.10

Confirm Flight ke alam barzakh -Peringatan buat diriku yang lupa

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas..dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda
Cukuplah mati sebagai peringatan
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-gala nya

Cantikkah Aku??

Aku,
anehkah cantik yang ingin aku miliki,
biarlah tak punya muka sebujur sireh
pipi juga bukan pauh dilayang
dagu bukanlah lebah tergantung
hidung pun tak mancung bagaikan seludang
mata tak mengerdip bagaikan bintang timur
bibir juga tidak seperti delima merkah
kening juga tak sepert semut beratur
rambut pun tak mayang mengurai
jari-jemari tak seperti buluh diraut
kulit juga tak semulus kulit telur dikupas

Ibu,
Alhamdulillah,anakku akhirnya kau tahu apa yang kau mahu,
sanggup menepuk iman di dada untuk bertanya kemahuan selera,
Tidak rugi jika bukan itu yang kau mahu
Kerana kehidupan ini adalah jalinan murni kecantikan yang hakiki
Yang indah itu amalan agamamu dijalin dalam simpulan akhlak yang sempurna mewangi
Serikan wajahmu dengan siraman wudhuk
sembahyang lima waktu dalam munajat yang tak kunjung henti,
Hiruplah nafas kehidupanmu dalam pencarian hidup
kurniaan Allah tercantum dalam taruhan akal dan budi
Tebarkan senyumanmu segenap penjuru alam kerana itulah sedekah paling utama
Pancarkan sinar indah dari kedua matamu
Betapa agungnya ciptaan Ilahi sambil menjengah besarnya kurnia Ilahi
Kerana melaluinya boleh kau kenal mata hati yang abadi
Sebarkan pula dari kedua bibirmu dengan kalimah zikir sambil menyampai yang indah dan elok untuk dicerna fikiran zuriatmu
Yang pasti rambut hiasan mahkota diri dan susuk tubuhmu bukan untuk dipertonton di khalayak ramai
kerana melindungi auratmu itu kewajipan yang mesti untuk kaum hawa
Mengertilah wahai sahabatku menghurai cantik yang hakiki tak semudah menghurai simpulan tali
Kerana ia bermula dari untaian cinta dan taqwa kepada penciptamu yang Maha
Mengerti.................


sabda Nabi " dunia adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan adalah wanita yang solehah”

17.11.10


PART 1:
TIDAK MARAH DENGAN KESILAPAN ISTERI
Setiap manusia tidak lepas dari sebarang kesilapan. Walaupun seseorang itu berhati-hati dalam tindakan pun, kadangkala berlaku juga kesilapan.
Ekoran dari itulah, kita akan dapati Islam meletakkan asas bahawa dimaafkan kepada mereka yang melakukan sebarang kesilapan.
Sabda Nabi SAW;
”Allah tidak mengambil salah dari umatku dikala mereka tersilap, lupa dan dalam keadaan mereka dipaksa
Kesilapan itu kadangkala dilakukan oleh isteri. Kesilapan yang kecil, tidak seharusnya dijadikan modal utama untuk melahirkan pertelagahan antara suami isteri. Lebih-lebih lagi membawa kepada perceraian.
Jika dilihat kepada Nabi SAW, kita akan dapati Nabi SAW tidak menjadikan perkara remeh sebagai penyebab untuk melahirkan masalah antara suami dan isteri.

Keadaan ini dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah R.ha yang berkata;
”Aku dan Rasulullah SAW tidur atas satu hamparan, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid. Darah haidku menitis terkena pada hamparan itu, didapati Nabi SAW membasuh tempat titisan tersebut, dan tidak mengalihkan tempat itu, kemudian baginda menunaikan solat di situ. Apabila darahku menitis terkena pakaian baginda, Baginda SAW sendiri membasuh tempat yang kena titisan darah itu, dengan tidak mengalihkan tempat lain, kemudian menunaikan solat dengan pakaian itu
Dari hadis ini, kita akan dapati betapa lunaknya hati Nabi SAW dalam menghadapi kesilapan isterinya yang tidak berhati-hati dengan titisan darah haid, sehinggakan ditempat tidur dan juga pakaian Nabi pun terkena dengan titisan darah itu. Didapati, Baginda SAW tidak bertindak memarahi isterinya atas kesilapan tersebut.
Jika diperhatikan balik pada hadis ini, masakan marah, bahkan nabi SAW sendiri bertindak membersihkan titisan darah haid isterinya itu, walaupun jika dilihat kepada tafsiran oleh sebilangan masyarakat kita, ianya dilihat sebagai ”jijik” atau tindakan orang yang ”takut bini”.
Tindakan Nabi SAW ini perlu dijadikan contoh dan tauladan oleh para suami. Iaitu, hendaklah mengambil sikap memahami dan mengerti keadaan isteri. Sebagai suami, dengan kesilapan kecil sebegini tidak selayaknya dijadikan modal untuk memarahi isteri atau menyingkap kalimah jijik dihadapan isteri.
Jika keadaan ini mampu dilakukan oleh suami, pasti isteri akan merasakan bahawa mereka disantuni suami mereka sendiri, dan sudah pasti perasaan cinta dan mesra kepada suaminya akan bertambah kuat.
Sekian.
SUBUH YANG PENUH DENGAN KESYAHDUAN
Subuh yang syahdu,pagi yang dingin,rasululullah menyelak tabir yang memisahkan diantara bilik aisyah r.ha dengan masjid.sahabat-sahabat sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat dimami oleh abu bakr. Baginda melihat sahabatnya satu persatu,baginda tersenyum.sahabat-sahabat merasa gembira sehingga mereka terlupa yang mereka sedang berada didalam soff untuk menunaikan solat.abu bakr berundur dari tempat imam untuk memberi laluan kepada rasulullah,lalu baginda memberi isyarat supaya diteruskan solat dan baginda menutup kembali tabir tersebut.sahabat-sahabat sangat gembira menyangkakan baginda sudah sihat dan menjadi tanda yang rasul kesayangan mereka akan kembali menyertai perjuangan dakwah ini.tetapi jangkaan itu nyata tersalah,allah lebih menyayangi rasulnya dan roh baginda diangkat sebelum masuknya waktu zohor
Baginda memanggil puteri kesayangannya.fatimah datang menemui rasulullah.beliau menangis dan kemudian ketawa.sahabat-sahabat kehairanan.lalu sayyidatina Fatimah menerangkan bahawa beliau menangis kerana baginda akan pergi meninggalkan beliau buat selama-lamanya.kemudian beliau tersenyum kerana rasulullah memberitahu bahawa beliaulah orang pertama yang akan mengikuti baginda menemui Allah.

15.11.10

salam alaik...
kali ni anaa nak share gambar2 koleksi anaa..


Subhanallah...
Indahnya Ciptaan Allah swt..
Terima Kasih AY Allah kerana memberi ku kesempatan untuk merasa 
kurniaan-Mu ...

Anaa mula minat untuk ambik gambar sedemikian sejak tercetusnya
dalam qolbu anaa untuk mengeksperasikan jiwa anaa,,

Anaa amat suka Awan..
ada tengok cita AWAN DANIA?
anaa xtengok pun.
heheheheeh
emhh..
xdapat diluahkan ape yg terdamba di hati sanubari...


laut cina selatan yg memisahkan.....
KAU DAN AKU...

pemandangan di ufuk langit yg mengasyikkan,,

matahari..
cepatnya kau hilang..
tinggalla ku sorang..
dalam kegelapan..
matahari...
takkan aku lupa..
sampai bila2.
untuk selamanya..

3.9.10

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAH HUAKBAR!!!!
SYUKRAN YA ALLAH ATAS PELUANG-MU 
MENGIZINKAN KU UNTUK TERUS BERNAFAS 
DAN....
 TERUS HIDUP DIMUKA BUMI INI..
TIDAK LAMA LAGI LEMBARAN 
HIJRAH BARU AKAN MENJENGAH..
KU HARAP TAHUN INI AKAN ADANYA 
WALAU SEDIKIT AMALANKU KAU TERIMA, YA ALLAH..
YA ALLAH..
KU MOHON PADA-MU AGAR SELAMATKANLAH
 MUSLIMAH-MUSLIMAH DIDUNIA INI..
JAUHKANLAH MUSLIMAH-MUSLIMAH
 DARI SEGALA KEJAHATAN, YA ALLAH..
HINDARILAH FITNAH DARI MEREKA..
WALAU WANITA ADALAH FITNAH KEPADA DUNIA..
YA ALLAH..
AKU ADALAH WANITA BIASA KERDIL CUMA..
KU MELUKUT DI TEPIAN GANTANG..
MEMANJAT DOA RESTU PADA-MU..
KUATKANLAH HATIKU...
PERKUKUHKANLAH IMANKU,,
PERTEGUHKANLAH TAUHID YANG KU GENGGAM,
PASAKKANLAH HIDAYAH-MU DALAM 
SANUBARI SUCI YANG KAU TELAH KURNIAKAN PADAKU...
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM...
SESUNGGUHNYA KAU MAHA BERKUASA!
SESUNGGUHNYA KAU MAHA PEMBELA!
SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENERIMA
 AMPUN TAUBAT HAMBA!
SENGGUHNYA KAU MAHA MELIHAT SEGALA!
DAN...
SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENYAYANG 
LAGI MAHA MENGASIHANI....
KAU PIMPINLAH DAKU DAN SELURUH 
KAUM HAWA DI MUKA BUMI INI UNTUK
 TERUS PERJUANGKAN AGAMA-MU DI MEDAN FISABILILLAH...
SEGALANYA KU SERAH PADA-MU..
AMIN YA RABB....

2.9.10

salam wahai sahabat semua..
anaa nak kongsi 1 cerita.
nak cakap sedih, xla sedih,
hemh...
mane anaa nak mula yer..
ok..
pada 1 hari, anaa tengah sibuk belaja untuk menghadapi saat ujian akhir bagi semester kedua anaa di kampus neh..
ada 1 hamba Allah swt tiba2 naik hangin sampai pintu bilik to bunyi cam kena tendang 4 kaki..
Subhanallah.. anaa terkejut~
anaa cuma melihat akan keadaan tersebut sebab hamba Allah trsebut masih dalam keadaan kurang stabil emosinya..
anaa tengok je gelagatnya.. sehinggakan hamba Allah tersebut bmasuk dalam biliknya dan.....
anaa tedgar 1 jeritan yang amat kuat dari arah bilik trsebut..
AAAArrrrrgggghjhhhh!!!
YA ALLAH!
apa dah jadi????
anaa terus terpana...
namun anaa xbleh nak wat ape sebab pintu biliknya terkunci...
anaa berdoa moga hamba Allah tersebut dilembutkan hatinya...
dalam masa 30 min, akhirnya hamba Allah tersebut keluar dari biliknya dengan keadaan seperti tiada apa yang berlaku sebelum ne...
namun,, anaa masih musykil akan keletahnya yang "pelik" itu..
apapun, ALHAMDULILLAH, DIA DAH KEMBALI SEPERTI BIASA..
hemhh,, sini anaa nak kongsi sedikit ilmu yang anaa ada...
Andai antum rasa nak marah,
cepat2lah Istighfar..
cuci muka...
Insya-Allah, antum akan merasa ketenangan yang luar biasa..
elok lagi terus amik wudhu'...
Subhanallah... begitu Besar Kuasa-Mu dalam mentadbir Alam Fana ini serta
memantau akan semua Hamba-Hamba-Mu di muka BUMI ini.....
YA ALLAH,,BERIKANLAH KETENANGAN PADA SAHABATKU ITU..
KAU SEJUKKANLAH HATINYA SEANDAINYA DIA MERASA MARAH..
KAU LEMBUTKANLAH HATINYA SEANDAINYA DIA MERASA TERTEKAN...
SESUNGGUHNYA KAU MAHA AGUNG LAGI MAHA PENGAMPUN....
CuBAlah........
anaa amat merindui mereka.
sudah hampir 5 bulan anaa tidak ketemu mereka..
cuti sem lepas anaa hanya luangkan masa yg amat singkat bersama keluarga tercinta.
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna,
ku memohon pada Tuhan diterima amalan,
ku mohon juga agar kedua ibubapaku sentiasa bernaung dibawah lembayung kasihsayang-MU YA ALLAH RABBUL IZZATI..
AMIN YA RABB...

15.8.10

Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu, 
membunuh anakmu, 
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu 
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar 
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar, 
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita..... 
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu 
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu