tinta-tinta emas

19.2.14

Sahabatku Datang MenZiarahiku...

Bismillahhirrohmanirrohim...
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
SubhanAllah, Walhamdulillah, Wala Ila HaillAllah Allahhuakbar...

Setinggi-tinggi kesyukuran ku sampaikan pada Allah s.w.t kerana meminjamkan waktu untukku meluangkan masa bersama sahabatku, http://gadisnilam.blogspot.com/ bersama-sama permata hatinya, Muhammad 'Alawi Al-Fateh. Begitu riangnya hatiku bila mendapat text msg dari beliau menyatakan bahawa beliau akan membuat kunjungan hormat ke teratakku... Alhamdulillah... Begitu lama kami x bersua muka, akhirnya jodoh Allah s.w.t telah ditentukan bagi kami bertiga...
Fateh telah berusia setahun 2 bulan kalau tak silap... Ya Allah, begitu sihat anak sahabatku ini... Cergas sekali... Alhamdulillah, syukran ya Allah kerana memberi nikmat Anak pada sahabatku... Walaupun hanya untuk beberapa hari mereka menemaniku dan Mak Jah, tapi kami terasa sunyi ibarat dah berhari lamanya mereka balik semula ke rumah mereka sendiri...



Dikala kami ceria, aku mendapat berita bahawa kedua-dua adik kepada sahabatku seorang lagi telah menghidapi Chickenpox... Runtun hatiku melihat keadaan mereka berdua... Emak, ibu kepada kedua beradik ini begitu susah hati sekali... Aku sedih kerana aku tidak mampu berbuat apa melainkan doa ku utuskan... 

No comments: