tinta-tinta emas

29.10.13

Jangan Bangga Dengan Harta Dunia...





Bila lalu dikaki lima,
Aku Terkesima,
Sejenak aku terfikir,
Kenapa mereka Kikir?
Apakah mereka tidak berzikir?
Melihat orang tua dikaki lima,
Aku sunggu marah nestapa,
Mengapa?
Kenapa?
Begitu mudah mengabaikan mereka,
Yang menatang kita,
Bak buluh perindu indah rupanya,
Tiada cela tiada luka,
Namun,
Kita mudah alpa,
Suruhan Yang Satu begitu 'payah'!
Itu tak boleh, ini tak boleh!
Rungutan mereka yang durjana,
Kamu ingat Neraka hanya sementara?
Ya, kamu sudah biasa agaknya,
Kiri kanan tidak diendahkan,
Hanya melakukan pekerjaan,
Tanpa sesekali memikirkan,
APA TANGGUNGJAWAB SEBENAR YANG PATUT DILAKSANAKAN!!!

Aku hanya pemuisi biasa...

25.10.13

Bila Anaa Melatah...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

*Mesti semua tersedak, tercengang, melopong dan mencebik... Huh, anaa peduli apa... Melatah yang tidak bersangkut paut dengan hidup dan mati. Semua dok tertanya-tanya. Apa? Kenapa? Mengapa? Ada sahaja nak korek sampaikan pasal 'tudung saji' jiran sebelah pun nak tanya. Apa nak jadi? Takpa, Malaysia Masih Aman. Haa...

ni dia, untuk korang yang suka sangat buat dan menjaja cerita.

Anaa sempoi je. Xde nak kesah apapa... korang suka, korang baca. korang tak suka, terpulanglah. Anaa nak buat camana? Hak masing-masing.
*Ok, cukuplah latahan anaa petang yang hening ni. Selamat ber-blogwalking...
#peace no useless fight!waalaikumsalam...


untuk tatapan korang sementara nak tunggu maghrib... lepas tu, tengoklah ceramah U.A.I plak...