tinta-tinta emas

25.10.13

Bila Anaa Melatah...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

*Mesti semua tersedak, tercengang, melopong dan mencebik... Huh, anaa peduli apa... Melatah yang tidak bersangkut paut dengan hidup dan mati. Semua dok tertanya-tanya. Apa? Kenapa? Mengapa? Ada sahaja nak korek sampaikan pasal 'tudung saji' jiran sebelah pun nak tanya. Apa nak jadi? Takpa, Malaysia Masih Aman. Haa...

ni dia, untuk korang yang suka sangat buat dan menjaja cerita.

Anaa sempoi je. Xde nak kesah apapa... korang suka, korang baca. korang tak suka, terpulanglah. Anaa nak buat camana? Hak masing-masing.
*Ok, cukuplah latahan anaa petang yang hening ni. Selamat ber-blogwalking...
#peace no useless fight!waalaikumsalam...


untuk tatapan korang sementara nak tunggu maghrib... lepas tu, tengoklah ceramah U.A.I plak...

18.9.13

Saya pergi kemana sahaja kaki ingin melangkah,
Saya belajar melalui pengamatan dan pembelajaran,
Saya tak kira dari siapa, dari mana, macam mana,
Ilmu Allah itu Maha Luas lagi Maha Kuasa,
Dimana-mana sahaja ada,
Kenapa perlu ditegah!?
Kenapa perlu berbalah?
Adakah aku salah?
Belajar dan mengaplikasi ilmuku,
Bukan di tanah tumpahnya darahku?

Adakah aku leka ataupun alpa,
Jika aku seperti tidak ingat padamu?
Tidak!!! Tidak sesekali...
Aku berjuang atas dasar yang satu,
Aku beraksi atas dasar diri aku,
Aku masuk ke gelanggang atas dasar AKU SAYANG KAMU!
Dalam sanubari siapa yang tahu,
Dalam kotak hati ini siapa yang menyelami,
Dalam diriku ini siapa yang memburu,
HANYA ALLAH SWT YANG MAHA SATU...


11.6.13

*** ALLAHUMMA BALIGHNA RAMADHAN!!! ALLAHUMMA AMIIN...

Subhanallah walhamdulillah wala ila haillallah!!! Allahuakbar!!!

Setiap kali bangun dr tidur yang lena dan panjang, anaa bersyukur sangat sebab masih diberi kesempatan untuk hidup dan merasai nikmat ciptaanNya. Semakin hari semakin cepat masa berlalu sehingga anaa terkadang lupa pada hari @ tarikh. Ya Allah, sekiranya ini ujian buatku untuk dekat padaMu, aku redha. Kafarah dosa. InsyaAllah. Semakin hari semakin hati ini ditebak dengan pelbagai lembing halusinasi. Tak mengapa... pesanan mak dan bapak sentiasa dikotak fikiran dan tersemat dihatiku.
 " Xyah nak tunggu orang wat baik kat kite, xyah nak tunggu orang mintak maaf kat kite, xyah nak tunggu orang mengaku salah kat kite, xyah nak tunggu orang ade banyak muka, xyah nak tunggu orang tolong kite, xyah nak tunggu MANUSIA YANG TAK KENAL ERTI HATI BUDI!!! "
mode: keep bleeding out, times running out, unintended choice, & just keep moving on!!! ALLAH ALWAYS BE THERE!!!...

Anaa hanya insan biasa. tak lepas dari dugaan dan ujian. Allah swt suka pada hambaNya yang ingin mendekatiNya. Itulah dia cabaran dalam meraih rahmat Allah swt. Syaaban dah menjengah. InsyaAllah RAMADHAN akan tiba. Anaa dan kita semua beruntung kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat berpuasa... Ada yang dah 'pergi' tanpa sempat menyapa Ramadhan. 

Bertuahnya mereka-mereka yang masih ada keluarga, ibu, ayah, kakak, abang, adik lelaki, adik perempuan, saudara-mara, sahabat handai, ustaz, ustazah, dan semuanyalah. Cer renung sebentar akan diri mereka2 yang kehilangan salah seorang darinya. Bagaimanakah agaknya rasa mereka? Ya, Allah swt akn gantikan rasa sedih mereka dengan kegembiraan! Kerana apa ya? Ya, kerana mereka2 tahu Allah swt lebih sayangkan hambaNya melebihi kasih sayang manusia. 

Ada manusia, sudah diberi apa yg diminta namun DIPERSIAKAN dengan SESUKA HATINYA.
Ada manusia, setelah dikurniakan apa yang dihajat namun dengan SENANGNYA DIPERLEKEHKAN.
Ada jugak manusia, yang tak PANDAI MENGENANG JASA DAN BUDI orang lain sehinggakan sanggup membuat kenyataan " AKU TAK PERNAH TERHUTANG BUDI DENGAN KAU LANGSUNG!"... Subhanallah... Tegarnya manusia itu ya. Tapi xpe. Mungkin manusia itu lupa tentang putaran hidup didunia ini ibarat roda basikal baby...

Allahumma balighna Ramadhan... Allahhumma balighna Ramadhan... Allahuma balighna Ramadhan!!! semakin kuat dilaungkan dalam hati. Semakin terasa akan nikmatnya. Ya, tidak usah memikirkan masalah dunia kerana suatu hari nanti ia akan selesai juga. Waima di hari perhitungan pasti dibuka kembali fail itu. Tidak mengapa. Sama2 kita muhasabah diri. Merenung kembali. Apa yang kita bakal lakukan buat meraikan bulan Ramadhan ini. Mulalah membuat jadual rutin harian. Semoga berjalan lancar. InsyaAllah. Pasti khatam Al-Quran. Amin ya rabb. Dengan melakukan sunnah Rasulullah saw dan melakukan Amar Makruf Nahi Munkar!!! 
p/s: Maafkan anaa atas segala keterlanjuran, kesalahan, kesilapan dan segalannya yang mebuat hati anda2 semua terguris, tersakiti, termakan hati dan sebagainya. Anaa dengan rasa penuh kasih memohon maaf dari kalian semua. semoga anda2 dirahmati dan diberkati sentiasa insyaAllah hingga ke SYURGA!!! Allahumma Amiin...
jangan lupa...... Update-Upgrade-Upstand diri anda!!!